Saturday, 8 June 2013

hai dan assalamualaikum!!

Sekejapnya cuti sekolah dua minggu. Esok dah mula sekolah balik. Kenapa cutinya sekejap sangat?. Mesti lepas ni banyak kerja sekolah yang aku kena buat. Kenapalah tak bagi cuti lama sikit?. Tapi tak apa kita mulakan hari esok seperti biasa.

Wednesday, 5 June 2013

paus maksudnya mangga

hai dan assalamualaikum!!

Minggu lepas aku balik kampung sempena cuti sekolah dua minggu. Tak best pun balik kampung bosan sangat-sangat bukan boleh buat apa-apa pun. Masa aku duduk kat rumah kampung nenek dan datuk aku ada subuah lori lalu kat depan rumah. "paus,paus,paus,paus" orang tu menjerit "paus,paus,paus,paus" kitorang pelik kenapa orang tu cakap paus. Datuk cakap orang tu jual mangga. Pelik mangga boleh jadi paus. Tapi time tu kelakar sangat-sangat semua orang dalam rumah gelak sampai ada yang ajuk apa penjual tu jual. Ini semua berlaku kat Kelantan. Tapi memang unik. tapi kat negeri lain aku tak taulah sebab aku punya kampung kat Kelantan.

Wednesday, 15 May 2013

Happy Teacher's Day

hai dan asalammualaikum!!

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di MalaysiaHari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru. Mesti ramai murid dan pelajar sudah membuat persiapan untuk menyambut hari guru bukan?. Tapi tahun ni aku tak pergi pun sambutan hari guru kat sekolah aku. Lebih baik aku study untuk peperiksaan. HAdiah untuk cikgu aku terpaksa bagi selepas sambutan hari guru. Baru lapang sikit ruang nak masuk bilik guru nak bagi hadiah kat cikgu. Kalau tak penuh bilik guru tu. Tapi tak apa demi cikgu yang dicintai. Hope sangat tahun meriah sambutan hari guru kat sekolah aku. Macam mana aku nak tahu meriah ke tak?. Tak apa aku boleh tengok picture and cerita orang adik aku pun ada.

Ucapan:
Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan guru-guru yang telah mengajar saya "terima kasih". Saya tak akan melupakan semua jasa cikgu kepada saya sehingga ke hujung hayat saya.

from fzana

Thursday, 2 May 2013

Perempuan

Hai dan asalammualaikum!!!

Korang tahu tak perempuan senang nak masuk syurga. Bertuahnya kita. Seorang perempuan boleh masuk mana-mana pintu syurga yang mereka suka. Dengan mencukupi empat syarat iaitu :
          ~Solat lima waktu (wajib kepada sumua umat islam)
          ~Berpuasa di bulan ramadan
          ~Taat kepada ayah/suami (bagi yang berkhawin)
          ~Menjaga  kehormatan

Hallo

Hai dan asalammualaikum!!!

Akhirnya aku buat juga blog. Seronok jugakan buat blog boleh luahkan perasaan kat blog. Kalau korang suka blog aku selalulah jeguk2 tau. Kalau korang rasa blog aku tak okey jangan datang kat blog aku lagi.
INGAT!!!

Korang boleh panggil aku Fzana minta maaflah kalau aku tak bagi tau nama sebenar aku.