hai dan asalammualaikum!!
Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru. Mesti ramai murid dan pelajar sudah membuat persiapan untuk menyambut hari guru bukan?. Tapi tahun ni aku tak pergi pun sambutan hari guru kat sekolah aku. Lebih baik aku study untuk peperiksaan. HAdiah untuk cikgu aku terpaksa bagi selepas sambutan hari guru. Baru lapang sikit ruang nak masuk bilik guru nak bagi hadiah kat cikgu. Kalau tak penuh bilik guru tu. Tapi tak apa demi cikgu yang dicintai. Hope sangat tahun meriah sambutan hari guru kat sekolah aku. Macam mana aku nak tahu meriah ke tak?. Tak apa aku boleh tengok picture and cerita orang adik aku pun ada.
Ucapan:
Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan guru-guru yang telah mengajar saya "terima kasih". Saya tak akan melupakan semua jasa cikgu kepada saya sehingga ke hujung hayat saya.
from fzana
No comments :
Post a Comment